Friday, March 25, 2011
Program Dwidarma
Bermula dari jam 8 pagi tadi murid-murid hadir bersama ibubapa mereka untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab sebagai murid dalam mencapai matlamat yang hendak digariskan oleh sekolah.Dalam ucapan Tuan Haji Arshad ada menyebut bahawa murid-murid sekolah ini ada potensi dan mampu memberi banyak sumbangan dari sudut akademik khususnya dan kegiatan luar termasuklah aktiviti sukan.Program yang diadakan di Kelas Tahun Enam dipenuhi oleh ibubapa bersama anak mereka(Tahun 6) dan guru-guru yang mana telah berjaya dipertemukan dalam sesi berkenalan Mentor dan Mentee dan berbincang berkenaan dengan prestasi mata pelajaran.Program yang ringkas dan padat dengan maklumat serta informasi dapat dijalankan dan berakhir lewat jam 10.30 pagi.
Wednesday, February 2, 2011
Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sek Keb Tanjong Malim Kali ke-32
Majlis akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 12 Mac 2011 ( Sabtu )
Masa : 8 pagi
Tempat :Dewan Terbuka SKTM
Perasmi : Tuan Haji Zamri b Ahmad
Tarikh : 12 Mac 2011 ( Sabtu )
Masa : 8 pagi
Tempat :Dewan Terbuka SKTM
Perasmi : Tuan Haji Zamri b Ahmad
SKOR A UPSR 2011
Kepada ibubapa bagi murid tahun enam boleh mendaftar nama anak mereka untuk mengikuti SKOR A yang akan diselaraskan oleh Puan Junaidah Ajk PIBG.Dapatkan maklumat lanjut.
Monday, February 22, 2010
Bengkel Pembinaan Blog
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Seramai 31 orang guru sekolah di sekitar daerah batang padang telah menghadiri Kursus Pembinaan Blog Rasmi PIBG sekolah yang bertempat di PKG Tapah Road anjuran Sisawazah UPSI dan PPD Batang Padang. Kursus sehari ini bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang yang dikendalikan oleh Encik Saharidun b A.Rani PTP PKG Gopeng.
Selamat Datang
Selamat datang ke blog PIBG Sk Tg Malim.Laman ini bertujuan memberi maklumat kepada komuniti di sekitar kawasan sekolah seperti aktiviti, maklumat dan sebagainya.Sila tinggalkan komen selepas anda melawati blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)