Monday, March 19, 2012

LAWATAN PANEL PEMANTAUAN PIBG CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 20 Mac 2012
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Tanjong Malim

2 orang panel diketuai En Bashrim bin Ibrahim dan En Bahrin bin Masduki dari Kementerian Pelajaran hadir bersama dengan pegawai dari Jabatan Pelajaran Perak iaitu En Ibarahim bin Zainal dan Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang En Azman Ismon bagi pemantauan PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada hari ini bersamaan 20 Mac 2012.























Penilaian telah mula dijalankan. Persembahan 'Movie Maker' mengenai aktiviti-aktiviti tahunan dan pencapaian cemerlang PIBG dipersembahkan kepada panel penilai. Semoga titikpeluh dan semangat usahasama yang ditunjukkan oleh wargakerja PIBG sekolah mendapat kejayaan yang cemerlang dari masa ke semasa.













Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t di atas segala nikmat kurniaannya. Berakhirlah sudah LAWATAN PANEL PEMANTAUAN PIBG CEMERLANG SK TANJONG MALIM diketuai oleh En Bahrin bin Masduki (kiri) dan
En Bashrim bin Ibrahim (kanan). Cadangan dan penambahbaikan akan dilaksanakan dari masa ke semasa agar PIBG SK Tanjong Malim menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain bagi merealisasikan PIBG yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya Allah.

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Penghargaan kepada:
En Ibarahim bin Zainal (Jabatan Pelajaran Perak
En Azman Ismon (Pejabat Pelajaran Daerah)
Tn Haji Arshad Mohamad (Guru Besar SK Tanjong Malim)
Dr Haji Ahmad Zabidi Mohd Basir (YDP PIBG)
Pn Junaidah (wakil PIBG)

dan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan!

Wednesday, February 29, 2012

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke33

Tarikh :24 Mac 2012
Masa :8.00 pagi
Tempat : Dewan SKTM
Perasmi :Y.B Dato Mohammad Zahir B. Dato Abd Khalid

Majlis Permuafakatan Murid Tahun 6 dan Mentor Mentee

Tarikh : 24 Februari 2012
Masa: 3 petang
Tempat :Dewan SKTM
Acara :Ceramah Motivasi dan Perjumpaan Ibubapa bersama Mentor

Tuesday, February 28, 2012

Program Turun Padang



Majlis Penutupan Bengkel ICT KPerak Sempena Program Turun Padang YB Exco Kerajaan Perak
Tarikh : 15 Februari 2012
Masa :4 Petang
Tempat : Dewan SK Tg Malim