Wednesday, October 12, 2011

Majlis Meraikan Yang Dipertua Ke Tanah Suci


Majlis Meraikan Pemergian Yang Dipertua Dr Ahmad Zabidi B Mohd Basir ke Tanah Suci.Sepertimana jadual yang ditetapkan beliau akan bertolak dan berkumpul di Kelana Jaya pada 19 Okt dan berlepas dari KLIA awal pagi pada keesokan harinya. Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 14 Oktober 2011
Masa : 3-5 petang
Tempat : Impiana Cuisine,Proton City

Tuesday, September 13, 2011

Analisa Kecemerlangan UPSR SKTM

2004 - 9 murid mendapat 5A
2005 -13 murid mendapat 5A
2006 -12 murid mendapat 5A
2007 -15 murid mendapat 5A
2008 - 15 murid mendapat 5A
2009 - 17 murid mendapat 5A
2010 - 14 murid mendapat 5A

UPSR 2011

Peperiksaan UPSR telah berjalan.Murid-murid SKTM yang menduduki peperiksaan telah pun melalui 2 hari yang amat mendebarkan.Setiap pagi murid-murid akan berkumpul di kantin untuk diberi taklimat dan kata-kata semangat serta bacaan doa.Pihak PIBG mengharapkan murid-murid dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan cemerlang.

Saturday, September 10, 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Bagi Murid UPSR

Pada 8 Sept yang lepas pihak sekolah telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bagi mendoakan murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.Majlis yang bermula seawal jam 6 petang telah dihadiri sebahagian ramai ibubapa dan murid bagi menjayakan program tersebut.
Dalam ucapan Guru Besar yang menyatakan hasrat sekolah dan guru-guru hendaklah selari dengan tindakan yang perlu diambil oleh pihak ibubapa bagi memastikan kecemerlangan UPSR pada tahun ini.
Turut hadir Yang Dipertua PIBG, Dr Ahmad Zabidi bersama beberapa orang Ajk Ibubapa yang lain bagi memeriahkan lagi Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat yang diketuai oleh Ust Ghazali b Ismail.

Selamat Aidilfitri 1432

Kami Ajk PIBG mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin kepada semua ibubapa dan guru-guru SK Tanjong Malim,semoga kita tergolong orang yang bertaqwa.

Friday, March 25, 2011

Program Dwidarma

Bermula dari jam 8 pagi tadi murid-murid hadir bersama ibubapa mereka untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab sebagai murid dalam mencapai matlamat yang hendak digariskan oleh sekolah.Dalam ucapan Tuan Haji Arshad ada menyebut bahawa murid-murid sekolah ini ada potensi dan mampu memberi banyak sumbangan dari sudut akademik khususnya dan kegiatan luar termasuklah aktiviti sukan.Program yang diadakan di Kelas Tahun Enam dipenuhi oleh ibubapa bersama anak mereka(Tahun 6) dan guru-guru yang mana telah berjaya dipertemukan dalam sesi berkenalan Mentor dan Mentee dan berbincang berkenaan dengan prestasi mata pelajaran.Program yang ringkas dan padat dengan maklumat serta informasi dapat dijalankan dan berakhir lewat jam 10.30 pagi.

Wednesday, February 2, 2011

Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sek Keb Tanjong Malim Kali ke-32

Majlis akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 12 Mac 2011 ( Sabtu )
Masa : 8 pagi
Tempat :Dewan Terbuka SKTM
Perasmi : Tuan Haji Zamri b Ahmad

SKOR A UPSR 2011

Kepada ibubapa bagi murid tahun enam boleh mendaftar nama anak mereka untuk mengikuti SKOR A yang akan diselaraskan oleh Puan Junaidah Ajk PIBG.Dapatkan maklumat lanjut.