Tuesday, February 26, 2013

Maulidur Rasul Peringkat SKTM 2013

Ceramah Maulidur Rasul anjuran PIBG telah berlangsung semalam dengan jayanya. Hampir 200 orang telah hadir termasuk ibubapa,guru-guru dan masyarakat setempat.Semoga majlis seperti ini mendapat sokongan daripada ibubapa dan masyarakat setempat.

Wednesday, February 6, 2013

Majlis Permuafakatan Murid Tahun Enam 2013

Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Murid Tahun Enam akan mengadakan majlis seperti berikut :

Tarikh : 7 Februari 2013
Hari  : Khamis
Masa : 3 petang
Tempat : Dewan Terbuka SK Tanjong Malim







Mesyuarat Agung Tahunan PIBG

Pihak Jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat dan bersetuju meletakkan tarikh cadangan untuk mesyuarat Agung PIBG 2013.Butiran seperti berikut :

Tarikh : 16 Mac 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Tanjong Malim
Perasmi : Calon Pilihanraya

Kerjasama daripada semua ibubapa amatlah dihargai dan kami mengharapkan supaya dapat menghadirkan diri pada waktu yang telah ditetapkan.

Ceramah Maulidur Rasul

PIBG bersama pihak sekolah akan mengadakan Ceramah Perdana Maulidur Rasul pada bulan ini.Butiran aktiviti seperti berikut :
Tarikh : 25 Februari 2013
Hari    : Isnin
Masa   : Selepas Isyak
Tempat : SK Tanjong Malim
Penceramah : Fadhilah Syeikh Munawwir
                                         

Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan




PIBG Tanjong Malim telah dicalonkan sebagai PIBG Cemerlang mewakili Perak bagi kategori sekolah rendah tahun 2012.Majlis berlangsung di Dewan Malaysia Agro Expo Park Serdang, Selangor.Semoga PIBG SKTM akan dapat menyertai Anugerah PIBG Cemerlang pada tahun 2013.

Monday, March 19, 2012

LAWATAN PANEL PEMANTAUAN PIBG CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 20 Mac 2012
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Tanjong Malim

2 orang panel diketuai En Bashrim bin Ibrahim dan En Bahrin bin Masduki dari Kementerian Pelajaran hadir bersama dengan pegawai dari Jabatan Pelajaran Perak iaitu En Ibarahim bin Zainal dan Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang En Azman Ismon bagi pemantauan PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada hari ini bersamaan 20 Mac 2012.























Penilaian telah mula dijalankan. Persembahan 'Movie Maker' mengenai aktiviti-aktiviti tahunan dan pencapaian cemerlang PIBG dipersembahkan kepada panel penilai. Semoga titikpeluh dan semangat usahasama yang ditunjukkan oleh wargakerja PIBG sekolah mendapat kejayaan yang cemerlang dari masa ke semasa.













Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t di atas segala nikmat kurniaannya. Berakhirlah sudah LAWATAN PANEL PEMANTAUAN PIBG CEMERLANG SK TANJONG MALIM diketuai oleh En Bahrin bin Masduki (kiri) dan
En Bashrim bin Ibrahim (kanan). Cadangan dan penambahbaikan akan dilaksanakan dari masa ke semasa agar PIBG SK Tanjong Malim menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain bagi merealisasikan PIBG yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya Allah.

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Penghargaan kepada:
En Ibarahim bin Zainal (Jabatan Pelajaran Perak
En Azman Ismon (Pejabat Pelajaran Daerah)
Tn Haji Arshad Mohamad (Guru Besar SK Tanjong Malim)
Dr Haji Ahmad Zabidi Mohd Basir (YDP PIBG)
Pn Junaidah (wakil PIBG)

dan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan!