Friday, March 25, 2011

Program Dwidarma

Bermula dari jam 8 pagi tadi murid-murid hadir bersama ibubapa mereka untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab sebagai murid dalam mencapai matlamat yang hendak digariskan oleh sekolah.Dalam ucapan Tuan Haji Arshad ada menyebut bahawa murid-murid sekolah ini ada potensi dan mampu memberi banyak sumbangan dari sudut akademik khususnya dan kegiatan luar termasuklah aktiviti sukan.Program yang diadakan di Kelas Tahun Enam dipenuhi oleh ibubapa bersama anak mereka(Tahun 6) dan guru-guru yang mana telah berjaya dipertemukan dalam sesi berkenalan Mentor dan Mentee dan berbincang berkenaan dengan prestasi mata pelajaran.Program yang ringkas dan padat dengan maklumat serta informasi dapat dijalankan dan berakhir lewat jam 10.30 pagi.